5/19/2013 
Wednesday, May 30, 2012

Joe Cole 'Mahukan' Peluang Liverpool Musim Depan

Joe Cole mahu kembali ke Anfiled
Midfielder Liverpool Joe Cole mendedahkan beliau terdesak untuk cemerlang di Anfield selepas musim pertama yang mengecewakan.
 
Bekas midfielder West Ham dan Chelsea itu dipinjamkan ke kelab Perancis, Lille musim ini dan menjaringkan sembilan gol dari 42 penampilan di semua kejohanan.
 
Namun Cole  percaya beliau masih belum ada urusan yang diselesaikan di Anfield dan “mahukan” peluang untuk memulihkan reputasinya selepas hanya semusim bermain untuk the Reds.
 
Cole berkata: "Saya mengecap kejayaan di West Ham dan di Chelsea."
 
"Saya berpindah ke negara berbeza ke Perancis dan ada musim yang bagus.
 
"Ia hanya musim tersebut di  Liverpool – saya mahu peluang untuk memperbetulkannya, jika itu yang mereka mahukan."
 
Lille berminat mengekalkan Cole di kelab untuk musim hadapan, lebih-lebih lagi Eden Hazard yang dikejar banyak kelab telah memilih untuk berpindah ke Chelsea musim  panas ini.