5/19/2013 
Tuesday, May 29, 2012

Mourinho pantau Lucas Moura

Lucas Moura diperhatikan Mourinho.
Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho menghadiri perlawanan persahabatan Sabtu lalu antara Brazil dan Denmark untuk melihat dengan lebih dekat midfielder Sao Paulo, Lucas Moura.
 
Presiden Sao Paulo, Juvenal Juvencio mendedahkan minggu lalu yang rakan sejawatannya di Madrid, Florentino Perez telah menghubunginya berhubung pemain berusia 19 tahun itu, dan Mourinho memilih untuk melawat aksi di Jerman untuk melihat midfielder itu beraksi.
 
Jurucakap Mourinho, Parames Eladio mendedahkan melalui Twittter bahawa bos Madrid berada di stadium menyaksikan perlawanan persahabatan tetapi enggan mengulas mengenai sama ada bos warga Portugal itu berada di sana khusus untuk Moura.
 
Pemain remaja itu membuat dua assist untuk membantu Brazil menang 3-1, sebelum membuka jalan kepada Giuliano pada minit ke-82.
 
Sao Paulo baru-baru ini menolak tawaran Chelsea dan Inter untuk pemain itu, yang mempunyai kontrak dengan kelab semasa sehingga Disember 2015.