5/18/2013 
Thursday, May 17, 2012

Barca Mahukan Drogba

Drogba ke Nou Camp?
BARCELONA bercadang mahu mendapatkan Didier Drogba secara perpindahan percuma dari  Chelsea.
 
Kelab gergasi Sepanyol itu mahu menawakan Drogba, 34, kontrak dua tahun bernilai £5 juta semusim untuk meninggalkan Chelsea dan menolak perpindahan ke China, Milan atau Amerika Syarikat.
 
Chelsea turut menawarkan beliau kontrak baru dua tahun dengan pemilik kelab, Roman Abramovich berusaha untuk mengekalkannya.
 
Namun Drogba akan tamat kontrak dan mungkin bakal meninggalkan the Blues selepas final Liga Juara-juara hari Sabtu ini.
 
Walaupun perpindahan ke Shanghai FC akan menjadi perpindahan yang amat lumayan, prospek untuk bermain bersama Lionel Messi and Co  mungkin menjadi sesuatu yang sukar untuk ditolak oleh penyerang Ivory Coast tersebut.  
 
Sumber di Barcelona mengesahkan: “Apa yang pasukan perlukan ialah pemain serangan yang berpengaruh dan cukup kuat untuk mendatangkan masalah kepada pertahanan."
 
“Drogba ada profil tersebut dan adalah pemain yang sedang kelab perhatikan.”