5/20/2013 
Sunday, April 29, 2012

Robben: Casillas Cukup Mengenali Saya

Robben jaringkan gol penting di Bernabeu

Arjen Robben mengakui tidak mengambil penentuan penalti di pusingan kedua separuh akhir Liga Juara-juara antara Bayern Munich dan Real Madrid kerana Iker Casillas cukup mengenali dirinya.

Robben menjaringkan penalti di minit ke 27 untuk membawa Bayern kembali bersaing selepas dua gol awal. Walaupun the Bavarians tewas 2-1, gol beliau akhirnya terbukti menjadi cukup penting apabila kelab gergasi Jerman itu mara ke final menerusi penentuan penalti.

Bagaimanapun, Robben memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam penentuan penalti kerana merasakan penalti kali kedua sentiasa lebih sukar, lebih-lebih lagi menentang bekas rakan sepasukannya.

"Casillas dan saya saling mengenali semasa kami bermain bersama selama dua tahun. Dan ia lebih sukar untuk mengambil sepakan penalti kedua. Itu sebabnya saya tidak mengambil yang satu lagi."