6/19/2013 
Friday, April 27, 2012

Kejuaraan Piala Frenz Liga Pro Remaja Bawah 14 Tahun 2012

Sejumlah RM 100 000 ditawarkan dalam Piala Frenz
Buat julung kalinya, sebuah kejohanan bola sepak khusus untuk pemain bawah 14 tahun dilancarkan. Ia hasil anjuran bersama Kelab Bola Sepak Frenz United dan Persatuan Bola Sepak Pahang, dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
 
Kejuaraan Liga Pro Piala Frenz Bawah 14 tahun akan bermula pada 4 Mei sehingga 29 Jun, membabitkan 16 pasukan dan dilangsungkan pada setiap hari Jumaat. Jumlah keseluruhan wang tunai yang ditawarkan dalam kejohanan itu adalah RM 100 000.
 
Antara lokasi-lokasi pertandingan yang terlibat termasuklah Stadium UiTM Shah Alam, Stadium Inspen Bangi, Padang MSN di Bukit Jalil, Stadium UKM Bangi dan Stadium MPSJ di Subang Jaya.
 
Kejuaraan itu telah menarik penyertaan pasukan dari Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang yang terdiri daripada sekolah sukan, sekolah kerajaan dan swasta serta kelab persendirian.
 
Encik Rashid Maidin, Pengerusi Frenz United FC yang juga pencetus idea penganjuran Piala Frenz, berkata tujuan utama kejohanan itu adalah untuk memberi ruang kepada remaja bersaing sesama mereka.
 
"Seiring dengan hasrat ingin melahirkan pemain yang berkaliber, satu platform seperti Piala Frenz diperlukan untuk menguji kemampuan pemain di peringkat kebangsaan, dan mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang, di peringkat antarabangsa."
 
Berikut merupakan undian pasukan yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan.
 
Kumpulan A
1.Sek. Men. Keb. Seri Tanjung, Tanjung Karang
2.SMK Tinggi Kajang
3.Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS)
4.SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban
 
Kumpulan B
1.Penang Free School
2.Akademi Bola Sepak Majlis Bandaraya Petalig Jaya (MBPJ)
3.Akademi Bola Sepak Permodalan Negeri Selangor (PNSB)
4.Mont Kiara Football Club MKFC)
 
Kumpulan C
1.Sek. Men. Projek Sesyen 11, Shah Alam
2.SMK Victoria Kuala Lumpur
3.Frenz United Football Academy B
4.CIMB-Youth Football Academy (YFA)-KLFA
 
Kumpulan D
1.Kelab Bola Sepak Pendamai Putra
2.SMK Anderson, Ipoh
3.Frenz United Football Academy A
4.SMK Meru