5/24/2013 
Friday, April 27, 2012

Janji Dari Pablo

Zabaleta catat 149 penampilan setakat ini bersama Sky Blues.
PABLO ZABALETA menegaskan Manchester City tidak akan mempersia-siakan peluang kedua mengecap kejayaan di Liga Perdana Inggeris.
 
Bekas pemain pertahanan Espanyol itu memberitahu: “Sejujurnya selepas kekalahan kepada Arsenal saya fikir peluang kami mungkin sudah berakhir."
 
“Kami jauh mendahului lima mata sebelum ini jadi kami tahu bagaimana perasaannya."
 
“Namun United tewas kepada Wigan dan melepaskan mata menentang Everton telah menunjukkan bahawa dalam bola sepak anda perlu yakin kerana tiada siapa pernah tahu."
 
“Jika kami memiliki satu lagi peluang untuk memenangi liga ia kerana kami berhak. Kami akan terus berusaha dan kami akan terus menyambungnya dan melihat apa yang berlaku.”
 
Zabaleta telah menjadi pemain kesayangan penyokong City selama hampir empat tahun di  the Etihad dan mungkin akan melakukan penampilan ke 150 untuk kelab malam Isnin nanti.
 
Beliau berkata: “Inilah yang telah kami semua nantikan dan kami semua perlu bersatu – pemain dan penyokong.”