5/21/2013 
Friday, April 27, 2012

Heynckes sambut 'malam penuh magik'

Heynckes gembira dengan aksi pasukannya.
Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes menyanjung kesungguhan pasukannya pada malam Rabu lalu, selepas kelab dari Bavaria itu mengatasi Real Madrid melalui penentuan penalti untuk menempah tempat di final Liga Juara-juara.
 
Setelah ketinggalan 2-0 di awal permainan, kelab Bundesliga itu bangkit untuk menyamakan kedudukan dari segi agregat dan membawa pasukan tuan rumah untuk menempuhi drama penentuan penalti.
 
"Ia satu malam magik," kata Heynckes kepada wartawan. "Kami lalui banyak masalah pada suku pertama permainan, namun kami baikinya selepas itu. Kami menakjubkan. Ia satu kemenangan istimewa buat Bayern."
 
"Saya rasa jika anda analisa 120 minit terakhir, kami layak mara ke final. Ia menakjubkan bagaimana reaksi pasukan selepas kami ketinggalan 1-0, kemudian 2-0."
 
"Sejurus selepas ketinggalan 1-0 kami ada peluang untuk samakan kedudukan dan selepas ia jadi 2-0, kami jadi selesa dan saya rasa kami bermain bola sepak hebat. Capai apa yang kami lakukan di Bernabeu adalah hebat."
 
Setelah mencapai kemenangan, Heynckes memberi komen baik tentang rakan sejawatnya, Jose Mourinho, yang dikritik beberapa pihak kerana meninggalkan padang segera selepas tamat perlawanan.
 
"Saya tak setuju dengan banyak perkara yang dikatakan tentang Jose Mourinho," kata Heynckes. "Orang yang saya percaya hanya katakan perkara baik tentangnya dan tindakannya segera ke bilik persalinan adalah normal selepas kegagalan penentuan penalti."