Thursday, April 26, 2012
Robbo Menyindir
Robson laung amaran buat Mancini.
BRYAN ROBSON menyindir Roberto Mancini dengan memberitahunya: “Kami akan jadi satu kegagalan jika kamu tidak menang liga.”
Legenda Manchester United, Robson mendakwa pengurus City harus memenangi liga musim ini selepas berbelanja mewah merekrut pemain seperti Sergio Aguero dan Samir Nasri musim panas lepas.
Robson, yang dua kali memenangi Liga Perdana Inggeris bersama United pada awal 1990an, memberitahu: “Ada lebih banyak tekanan untuk City memenangi liga berbanding United. Dengan wang yang telah mereka belanjakan, ia akan menjadi satu kegagalan jika mereka tidak memenanginya."
“Ia akan bermakna mereka tidak memenangi trofi musim ini dan ia akan tercatat sebagai musim yang buruk. United dalam tempoh perubahan dan jika mereka memenangi liga ia akan dikenang sebagai antara pencapaian terbaik Sir Alex.”
City akan mengatasi United berdasarkan perbezaan gol jika memenangi pertemuan setempat Manchester hari Isnin ini, perlawanan yang dianggap Fergie sebagai pertemuan setempat paling besar sepanjang zaman.
Robson menambah: “Jika United menang, ia akan berakhir. Jika City menang, orang akan berkata mereka akan memenangi liga."
“Tapi mereka masih perlu mengunjungi Newcastle, yang dalam prestasi terbaik. Jadi walaupun dikalahkan, United masih boleh memenangi liga."
“Sentiasa ada perseteruan yang sengit di antara kedua-dua kelab ini dan Isnin ini akan menjadi perlawanan yang fantastik. Saya fikir ia akan berkesudahan seri di mana ia bagus untuk United.”