Wednesday, April 25, 2012
Bayern sedia untuk 'neraka' Real di Bernabeu
Pengerusi Bayern Munich ini laungkan amaran untuk pasukannya
Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge berkata dia 'menjangka neraka' apabila pasukannya berkunjung ke Real Madrid untuk perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-juara mereka.
Kelab Bavaria itu mengutip kemenangan 2-1 perlawanan pertama terima kasih kepada jaringan minit akhir Mario Gomez namun berdepan dengan pasukan Real yang bersemangat hasil kemenangan berharga aksi La Liga ke atas Barcelona minggu lalu.
Setelah melepaskan gol di tempat lawan jaringan Mesut Ozil, Bayern akan hampir pasti perlu menjaringkan gol mereka sendiri, dan Rummenigge percaya yang anak buah Jupp Heynckes perlu menyerang berbanding menjemput Real membuat serangan.
"Kami ada rasa hormat tinggi buat Real, tapi bukan takut, walaupun kita jangkakan saat sukar di stadium Bernabeu," kata Rummenigge.
"Gol minit akhir itu telah berikan kami peluang kecil, namun ia akan jadi sangat sukar. Kami perlu fokus sepenuhnya dan berikan persembahan kukuh di benteng."
"Kami perlu cuba dan cari kelemahan benteng mereka untuk dapatkan satu gol. Duduk di kawasan sendiri dan bertahan takkan capai apa-apa menentang sebuah pasukan yang kuat menyerang."
Kemenangan ke atas Real Madrid akan bermakna Bayern menjadi kelab pertama sejak Roma pada 1984 yang akan beraksi di final Piala Eropah di stadium mereka sendiri, satu kelebihan besar menentang Chelsea atau Barcelona.
"Semestinya ia jadi satu impian besar kami untuk mara ke final di tempat sendiri," kata Rummenigge. "Kami akan lakukan segalanya yang kami mampu untuk pastikan impian itu tercapai. Ia akan jadi menakjubkan, dalam sejarah tiada pasukan yang mara ke final [Liga Juara-juara] di stadium mereka sendiri."