Tuesday, April 24, 2012
Puyol gesa Barcelona fokus kepada Chelsea selepas tewas Clasico
Puyol mahu rakan-rakannya kembali fokus.
Carles Puyol telah menegaskan yang Barcelona perlu melupakan kekalahan 2-1 aksi La Liga kepada Real Madrid Sabtu lalu, dan fokus kepada perlawanan Liga Juara-juara akan datang menentang Chelsea.
Blaugrana ditewaskan 1-0 pada perlawanan pertama separuh akhir mereka menentang kelab Liga Perdana itu, dan Puyol telah dengan jelas menyebut yang mereka berazam untuk sebaliknya mengubah kedudukan sekarang.
"Kami kini perlu fokus kepada Selasa. Ia satu pertandingan yang kami mahu menangi dan kami sedang hampiri satu lagi final," kata Puyol melalui laman web rasmi Barcelona.
"Kami perlu sangat waspada dengan serangan balas mereka. Saya boleh lihat permainan sama dari segi taktikal dengan perlawanan menentang Madrid."
"Ia akan jadi satu final yang sangat menarik jika kami bertemu Madrid semula. Kami perlu lihat apa akan terjadi nanti, tapi buat masa ini kami sedang fokus kepada Selasa."