5/21/2013 
Tuesday, April 24, 2012

Pengadil Turki Tentukan Misi Chelsea Ke Final

Pertemuan getir separuh akhir kedua.
UEFA telah melantik pengadil dari Turki, Cuneyt Cakir untuk mengendalikan perlawanan separuh ahir kedua Chelsea di Barcelona hari ini.
 
Chelsea memiliki kelebihan 1-0 untuk dibawa ke Nou Camp selepas Didier Drogba menjaringkan gol di Stamford Bridge malam Rabu minggu lepas.
 
Kali terakhir Cakir mengadili perlawanan pasukan Inggeris ialah November tahun lepas semasa perlawanan di antara Manchester United dengan Benfica dan beliau turut melayangkan kad merah terhadap Mario Balotelli semasa kemenangan 1-0 Manchester City ke atas Dinamo Kiev musim lepas.