Tuesday, April 24, 2012
Demi Kebaikan Bolasepak, Barcelona Wajib Kalahkan Chelsea
Legenda Man Utd ini berharap Barca tewaskan Chelsea
Bekas penjaga gol Belanda dan Manchester United, Edwin van der Sar mengharapkan Chelsea kalah kepada Barcelona di Nou Camp selepas taktik negatif mereka di perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-juara.
Ketika the Blues dipuji kerana permainan bertahan oleh penyokong mereka – reaksi di sekitar Eropah agak berbeza.
Dan pemenang dua kejuaraan Liga Juara-juara, Van der Sar berharap Barca dapat mengatasi Chelsea dengan stail permainan serangan mereka malam ini.
Beliau memberitahu: ‘Demi kebaikan sukan dan bola sepak secara umum, saya harap Barcelona menang di Nou Camp.
"Saya suka pasukan yang menyerang. Chelsea tidak melakukan apa-apa selain bertahan dengan sembilan pemain dan meletakkan ramai pemain bertahan. Namun perlawanan ini mungkin berakhir sekarang."
"Saya mengharapkan Chelsea tewas dengan jaringan yang besar. Dan ia mungkin akan berkeputusan 5-1 untuk Barca pada akhirnya."
"Chelsea hanya ada satu percubaan gol – dan mereka menjaringkannya."