Juara liga 19 kali, Manchester United telah bekerjasama dengan salah satu rakan penaja rasmi mereka, DHL untuk menganjurkan DHL Champ19ns Trophy Tour di Malaysia tahun ini.
Legenda United, Gary Pallister dan Ronny Johnsen akan hadir ke Kuala Lumpur pada 19-24 April bersama trofi Liga Perdana, di mana DHL buat julung kali membawanya ke Malaysia.
United setakat ini mempunyai lebih 4.5 juta peminat di Malaysia dan kunjungan ini dilihat sebagai satu peluang kepada kelab untuk mengeratkan lagi ikatan dengan para penyokong mereka. Malah ia juga membolehkan para peminat berkesempatan bergambar bersama dua legenda dan trofi tersebut semasa beberapa acara yang telah dirancang, termasuklah parti peminat dan aktiviti dalaman yang lain.
Ketika pertama kali pasukan ini datang ke Malaysia pada tahun 2009, kira-kira 200,000 peminat menyaksikan latihan pra musim mereka, mengambil autograf serta menyertai acara bersama pemain, dan ia juga sesuatu yang diharapkan berulang untuk kunjugan Jelajah Trofi DHL Champ19ns kali ini.
Sebagai rakan rasmi logistik, DHL telah memainkan peranannya di sebalik tabir kejayaan United. Selepas lawatan yang berjaya ke Amerika Latin, sebahagian negara Asia, jelajah ini juga akan merentasi ke 27 destinasi lain tahun ini, termasuklah India, Turki, Korea, Japan, Vietnam, Afrika dan Norway. Ini melihatkan trofi itu akan bergerak sejauh hampir 48,000 batu, memberikan peluang kepada peminat seluruh dunia meraikan kejayaan berprestij 19 kali memenangi gelaran liga.
Pengarah Komersil United, Richard Arnold berkata: "Gelaran liga 19 kali merupakan saat yang begitu istimewa untuk keluarga Manchester United dan Jelajah Trofi DHL Champ19ns ini sebagai cara kami berkongsi pencapaian bersejarah kelab dengan 333 juta peminat kami di seluruh dunia. Keghairahan dan semangat peminat United sememangnya terkenal di seluruh dunia, dan Malaysia tiada bezanya."
Jelajah Trofi Champ19ns Manchester United DHL
Tempat: Extreme Park, Sunway Piramid
Tarikh: 21hb & 22hb April 2012