Piala Dunia - Sejarah Kejohanan Bolasepak Eropah UEFA

 
Kejohanan Eropah UEFA adalah antara acara sukan terbesar dunia, biar pun ramai yang tidak mengetahui pertandingan ini awalnya mengalami beberapa kesulitan.
 
Kejohanan antara negara telah pun bermula di benua lain ketika idea untuk mewujudkan pertandingan antara negara Eropah hampir direalisasikan sekitar 1950an. 
 
Ketika UEFA ditubuhkan pada 1954, dorongan untuk mengadakan Kejohanan Eropah ditimbulkan sebuah akhbar terkenal di Perancis, L'Equipe yang mencadangkan format pertandingan timbal balik di laman sendiri dan di tempat lawan berlansung waktu petang pada pertengahan minggu. 
 
Idea ini disokong oleh Henri Delaunay, Setiausaha Agung UEFA yang pertama juga bekas Setiausaha Agung persatuan kebangsaan Perancis. Pada 1927, Delaunay menghantar cadangan kepada FIFA bersama pegawai dari Austria yang disegani, Hugo Meisl untuk mewujudkan Piala Eropah, yang berjalan serentak dengan Piala Dunia, melibatkan pusingan kelayakan setiap dua tahun.
Delaunay menulis selepas persidangan sulung UEFA di Basel pada 1954 yang idea ini adalah sebuah pertandingan terbuka kepada semua persatuan Eropah.
 
Menurutnya, tiga ahli jawatankuasa akan dipertanggungjawabkan untuk mengkaji sebarang permasalahan yang mungkin timbul. Delaunay tegaskan jumlah perlawanan akan ditetapkan, tidak menggugat Piala Dunia dan pasukan bertanding tidak akan sentiasa bertemu lawan sama dari kumpulan yang sama.
 
Ekoran kematian Delaunay pada 1955, anaknya, Pierre menyertai sekumpulan wartawan Perancis dalam menggerakkan Piala Negara Eropah. Pierre Delaunay kemudiannya dilantik menjadi setiausaha Jawatan Kuasa Penganjur Piala Negara Eropah, membolehkannya memastikan pertandingan yang diimpikan mendiang ayahnya menjadi kenyataan. 
 
Selepas idea penganjuran ini mencapai persetujuan, pertandingan baru ini dinamakan Piala Henri Delaunay sempena menghargai sumbangan besarnya dalam arena bola sepak Eropah.
 
Kejohanan sulung telah disertai hampir separuh daripada ahli persatuan UEFA, 17 kesemuanya, lebih satu dari yang diperlukan. Republik Ireland telah disingkirkan oleh Czechoslovakia dalam aksi timbal balik kelayakan (mereka bertemu hasil cabutan undi). 
 
Perlawanan pertama kejohanan berlangsung pada 28 September 1958 di Central Stadium, Moscow - USSR menewaskan Hungary 3-1. Pemain tuan rumah, Anatoli Ilyin muncul penjaring pertama selepas empat minit - dan kejohanan sulung ini berlangsung lebih 22 bulan dari 1958 hingga 1960. Usaha berterusan itu akhirnya membuahkan kejayaan besar hari ini.

Ringkasan kejohanan terdahulu:
Tahun Penganjur Keputusan final
1960 Perancis Russia 2 - 1 (*s.m.t.) Czechoslovakia
1964 Sepanyol Sepanyol 2 - 1 Russia
1968 Itali Itali 1 - 1 (2 - 0 ulangan) Yugoslavia
1972 Belgium Jerman Barat 3 - 0 Russia
1976 Yugoslavia Czechoslovakia 2 - 2 (5 - 3 pen) Jerman Barat
1980 Itali Jerman Barat 2 - 1 Belgium
1984 Perancis Perancis 2 - 0 Sepanyol
1988 Jerman Barat Belanda 2 - 0 Russia
1992 Sweden Denmark 2 - 0 Jerman
1996 England Jerman 2 - 1 (**gol emas) Republik Czech
2000 Belgium/Belanda Perancis 2 - 1 (**gol emas) Itali
2004 Portugal Greece 1 - 0 Portugal
2008 Austria/Switzerland Sepanyol 1 - 0 Jerman
* selepas masa tambahan. ** peraturan gol emas dalam tambahan masa permainan.
 

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version