Tuesday, May 29, 2012

Adam sedia kagumkan bos Liverpool seterusnya

Penampilan Charlie Adam hanya sederhana musim ini.

Midfielder Liverpool, Charlie Adam berkata dia terkejut melihat legendaThe Reds, Kenny Dalglish keluar dari kelab, namun menegaskan dia sedia untuk membuktikan dirinya kepada pengganti bos tersebut.
 
Bekas pemain Blackpool, Adam mengakui godaan bekerja dengan bos senegara Scotland adalah antara sebab kenapa dia memilih menyertai Merseysiders musim panas lepas, dan mengakui dia terkejut dengan pemergiannya.
 
"Dalglish faktor utama dalam saya ke Liverpool, tapi dia pergi sekarang, jadi kami perlu mara. Saya terkejut apabila dia keluar tetapi pemilik yang buat keputusan-keputusan ini," kata pemain berusia 26 tahun itu.
 
"Mereka adalah kelas pertama sejak mereka datang dan telah meletakkan banyak wang ke kelab."
 
"Kini kami perlu pandang ke depan. Sesiapa yang datang akan menjadi pengurus utama yang biasa bekerja dengan pemain hebat."
 
"Itu antara pekerjaan yang terbaik dalam bola sepak Inggeris, jadi ia akan menjadi sangat menarik kepada ramai orang."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Simeone sedia benarkan Falcao tinggalkan Atletico Madrid
 2. Tiada pertanyaan dari PSG untuk Rooney
 3. San Lorenzo tingkatkan usaha untuk membawa Coloccini kembali
 4. Stoke sedia dapatkan penjaga gol Twente, Plattel
 5. Benteke beri bayangan mahu keluar dari Aston Villa
 6. Montella: Jovetic mungkin tinggalkan Fiorentina
 7. Debuchy tak menyesal sertai Newcastle
 8. Alves: Neymar akan bantu Messi
 9. 'Saya tak boleh lihat Rooney bermain untuk kelab lain selain MU'
 10. Gignac Terus Bersama Marseille

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version