Sunday, May 27, 2012

Shakhtar Donetsk mahukan Lavezzi, kata Mircea Lucescu

Lavezzi dikaitkan dengan Shakhtar Donetsk

Jurulatih Shakhtar Donetsk, Mircea Lucescu telah mengesahkan yang pasukannya berminat dengan penyerang Napoli, Ezequiel Lavezzi.
 
Pemain berusia 27 tahun itu dijangka meninggalkan San Paolo musim panas ini, dengan presiden kelab Aurelio De Laurentis mengakui yang dia mungkin tidak mampu menghalang striker itu daripda berpindah keluar.
 
Paris Saint-Germain dan Inter telah disebut-sebut berminat dengan Lavezzi, namun Lucescu berkata dia bersedia memasukkan Douglas Costa dalam perjanjian tersebut bagi meyakinkan Partenopei untuk menjual pemain tersebut kepada mereka.
 
"Douglas Costa ada terma pelepasan, sama seperti Lavezzi, kerana dia seorang pemain berbakat besar," katanya.
 
"Saya mahu tahu ke mana Lavezzi akan pergi, kerana Shakhtar berminat terhadapnya, dan kami mahu tukar pemain."
 
"Lavezzi sangat berguna untuk tingkatkan skuad saya. Saya akan terima pertukaran di antara Douglas Costa dan dirinya."
 
"Ia penting untuk pemain tukar kelab, rakan sepasukan dan jurulatih selepas beberapa tahun."
 
"Douglas Costa mahu tukar kelab, tapi saya hanya akan benarkan dia pergi jika ditukar dengan seorang pemain hebat, seperti Lavezzi."
 
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Diego sahkan 'tawaran konkrit' dari Atletico Madrid
 2. Scolari akui rundingan Neymar dengan Rosell
 3. Ancelotti dalam pra-kontrak dengan Madrid
 4. Simpson jangka pemergian musim panas
 5. Villas-Boas jangka Bale kekal
 6. Williams tak kisah dengan spekulasi
 7. Allardyce dilihat bakal lengkapkan perjanjian buat Carroll
 8. City Harus Bersatu Semula Selepas 'Minggu Yang Emosi'
 9. Arteta Puji Semangat Berpasukan
 10. Benteke Berbincang Untuk Kontrak Baru Aston Villa

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version