Marco Di Vaio menghabiskan empat tahun kariernya di Bologna
Montreal Impact telah mengumumkan kemasukan bekas penyerang Itali, Marco Di Vaio.
Di Vaio, 35, telah menghabiskan empat musim kebelakangan dengan Bologna namun kini telah bersetuju dengan perpindahan ke MLS dan akan menjadi pemain khas Impact yang pertama pada 27 Jun.
Dia berkata melalui laman web rasmi kelab: "Saya sangat bangga jadi seorang pemain untuk Montreal Impact dan untuk mulakan fasa baru dalam karier saya. Saya telah terima dengan keghairahan besar cabaran menyertai pertandingan menarik seperti MLS. Saya sangat teruja untuk buat seluruh kelab bangga, dari presiden ke penyokong."
"Ia bukan satu keputusan mudah untuk tinggalkan Bologna namun saya harap saya mampu untuk beri peranan sama di Montreal, kerana saya sedia berikan segala yang saya ada, termasuk pengalaman dan kepimpinan saya buat jurulatih, rakan sepasukan dan seluruh organisasi."
Di Vaio, yang turut pernah beraksi buat Lazio, Bari, Salernitana, Parma, Juventus dan Genoa, mengutip 14 kap buat Itali di antara 2001 dan 2004. Dia menyertai bekas rakas sepasukan Itali, Bernardo Corradi dan Matteo Ferrari di kelab tersebut. |