Conte mahu kelab aktif di pasaran perpindahan musim panas.
Antonio Conte komited dengan masa depannya bersama Juventus Khamis lalu dan kemudian segera menyeru kelab agar menyediakan skuad yang lebih berdaya saing untuk musim depan.
Bekas pemain antarabangsa Itali itu diberi ganjaran bagi mengetuai The Old Lady ke gelaran Scudetto, diberi lanjutan kontrak dua tahun yang akan mengekalkannya di Turin sehingga 2015.
Namun, ketika Juve mengharungi seluruh musim Serie A tanpa kalah, Conte yakin bahawa adalah penting bagi mereka mengukuhkan pasukan semasa jendela perpindahan akan datang.
"Saya tentunya sudah miliki pasukan yang hebat, dan banyak pemain akan terus bersama kami," bos berusia 42 tahun itu memberitahu laman web rasmi kelab.
"Tapi ia juga terpulang kepada kelab dan (ketua pengarah, Giuseppe) Marotta untuk cuba menjadikan skuad lebih kompetitif."
Namun, Conte mengakui dia amat gembira untuk menandatangani kontrak baru dengan Juve selepas membimbing kelab menjuarai Scudetto rasmi pertama mereka sejak 2003. |