Xavi bersiap sedia untuk perlawanan akhir Copa del Rey
Pemain perancang Barcelona, Xavi teruja menunggu final Copa del Rey menentang Athletic Bilbao dan menggesa rakan sepasukannya untuk tidak memandang rendah lawan mereka yang merupakan finalis Liga Eropah.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu berpendapat Bilbao boleh memberikan masalah kepada kelab Catalans tersebut dengan permainan fizikal mereka dan menjangkakan ia akan menjadi pertemuan yang sengit.
"Mereka lawan yang sangat mencabar kerana mereka mengekang satu lawan satu. Mereka pasukan yang ada kekuatan fizikal, mereka berlari selama 90 minit dan mencipta banyak tekanan di bahagian serangan," kata Xavi dalam sidang media.
"Sebagai contoh [Fernando] Llorente, tidak pernah berhenti berlari. Tekanan sebegini tidak memberikan kami banyak masa untuk berfikir. Ia akan menjadi perlawanan hebat. Saya fikir ia akan menjadi sangat sukar dan fizikal."
Final Copa del Rey dilangsungkan pada 25 Mei. |