Susaeta yakin pasukannya bertambah kuat selepas kecewa di final Liga Europa
Winger Athletic Bilbao, Markel Susaeta percaya kekalahan 3-0 menentang Atletico Madrid pada final Liga Europa musim ini telah menjadikan pasukan lebih kuat.
Radamel Falcao menjaringkan dua gol dan Diego menambah satu lagi ketika Los Colchoneros menamatkan perjalanan impian pasukan dari Basque itu dalam kejohanan tersebut, meninggalkan mereka hanya Copa del Rey untuk dimenangi.
Athletic berdepan Barcelona dalam aksi penentuan piala domestik Sepanyol Jumaat ini, dan Susaeta berpendapat kekalahan di final Liga Europa mampu meningkatkan semangat mereka ke arah kejayaan menentang Blaugrana.
"Kami terima banyak pengalaman [dari tewas final] dan ini akan bantu kami di masa depan," kata midfielder itu.
"Kami bermula dengan teruk di liga dan jika kami tak rasa sangsi tentang diri sendiri ketika itu, tiada tempat untuk rasa sangsi sekarang. Pasukan 100 peratus yakin, dan kami ada final yang akan menjelang."
Susaeta kemudian memberi pendapat tentang lawan Athletic Jumaat ini, dan ketika ditanya jika kelab dari Catalan itu mampu bertahan tanpa Dani Alves, Carles Puyol dan Eric ABidal, midfielder itu memberi respon jitu.
"Ada banyak ruang kosong, namun [Martin] Montoya, [Gerard] Pique, [Javier] Mascherano dan Adriano bentuk satu benteng bertaraf dunia."
"Jika kami dah bermain baik sepanjang tahun dan sampai ke sini, kami harus kekalkan tahap ini. Ini satu perlawanan lain, Atletico adalah berbeza berbanding Barcelona." |