Torres mungkin berpindah
Fernando Torres membimbangkan Chelsea hanya beberapa jam selepas mereka memenangi Liga Juara-juara, mendedahkan dia bakal menuju ke rundingan dengan pemilik kelab untuk menentukan sama ada dia akan kekal di kelab.
Torres menjadi pengganti yang tidak digunakan dalam kejayaan Piala FA Chelsea ke atas Liverpool, dan hanya diperkenalkan dalam final Liga Juara-Juara selepas Bayern Munich mendahului dengan baki tujuh minit aksi. Pengenalan pemain bernilai £50 juta di Allianz Arena bertepatan dengan kebangkitan Chelsea, yang menyaksikan kelab itu menjuarai piala melalui penalti.
Pemain Sepanyol itu kelihatan kecewa diletakkan di bangku simpanan dalam salah satu perlawanan terbesar sepanjang kariernya, kemudian mengakui dia "menjangka dimulakan", kini bekas striker Liverpool akan mencari jaminan skuad utama sebelum membuat keputusan jika ia "berbaloi "untuk dia kekal di Chelsea."
"Ia bercanggah kerana saya rasa seperti saya di saat puncak karier saya, dengan lebih keterujaan dan kelaparan yang saya rasai dalam masa yang lama, tapi saya terpaksa menghabiskan final di bangku simpanan," itu kenyataan Torres yang dipetik guillembalague.com. "Ia kekecewaan besar apabila saya lihat barisan pemain, mungkin terbesar dalam hidup saya."
"Musim ini, saya rasa sesuatu yang tak pernah saya ada sebelum ini. Saya rasa seperti mereka melayan saya dengan cara yang saya tak jangka, bukan dengan cara yang telah diberitahu apabila mereka tandatangani saya."
"Kami ada banyak rundingan dan akan bercakap tentang masa depan saya kerana peranan saya miliki musim ini bukan untuk saya, dan bukan yang saya jangka ketika datang bermain di sini. Saya tak selesa." |