Friday, May 18, 2012

Oxlade-Chamberlain mahu menyinar dengan England

Remaja Arsenal tersenarai untuk skuad England di Poland dan Ukraine.

Remaja Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain nyata teruja untuk menyinar bersama England selepas panggilannya ke skuad Euro 2012.
 
Pemain berusia 18 tahun itu membuat impak positif yang berpanjangan sejak debut sulungnya untuk Arsenal, dan kini berharap dia berjaya mengulangi prestasinya di peringkat antarabangsa.
 
Oxlade-Chamberlain membuat hanya 16 penampilan Liga Perdana, dengan pemain lebih berpengalaman seperti Aaron Lennon diketepikan, namun pemain sayap itu mendedahkan Hodgson memilihnya berdasarkan merit dan kini tanggungjawabnya untuk membalas kembali kepercayaan yang ditunjukkan oleh pengurus baru dilantik itu.
 
"Saya dapat panggilan pagi ini (Rabu) daripada pengurus dan dia baru memberitahu saya, itu kira-kira dua jam sebelum ia diumumkan. Dia berkata ia berdasarkan merit dan saya hanya perlu membuktikan dia betul," katanya di laman web rasmi Arsenal.
 
Pemain sayap itu meletak sasaran, menegaskan dia akan bermain cara dinamik yang sama yang telah membuatkan penyokong menyeru agar dia diberikan tempat regular dalam skuad Arsene Wenger.
 
"Saya rasa saya bermain tanpa rasa takut, berlari ke arah pemain tanpa mengira siapa mereka dan cuba memberi perbezaan. Saya ada semangat selaku pemain muda dan saya begitu teruja mengenainya, saya akan cuba ambil kesempatan yang ada," tambahnya.
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Stoke mahu Rafael Benitez
 2. Liverpool pantau Zieler
 3. Mourinho plot tawaran £25 juta untuk Gomez
 4. Arsenal dikejutkan dengan tag harga £25 juta Jovetic
 5. Moyes mahukan Luke
 6. Luiz bakal jadi mangsa pertama Chelsea dalam tempoh kedua Mourinho
 7. Girard mahu kerja seterusnya di England
 8. Lahm '100%' Yakin Menang Liga Juara-juara
 9. Keane Diketepikan Dari Bertemu England
 10. QPR Nafi Merekrut Brooklyn Beckham

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version