Camoranesi pernah mewakili Juve dalam kariernya
Bekas pemain sayap Juventus, Mauro Camoranesi berkata bahawa dia gembira melihat The Bianconeri menjuarai mahkota Serie A musim ini.
Camoranesi yang berusia 35 tahun dan kini bersama sisi Argentina, Lanus, menghabiskan tempoh lapan tahun di Juventus antara 2002 dan 2010 serta merupakan sebahagian daripada skuad yang meraih 2 Scudetti yang telah dibatalkan berikutan skandal Calciopoli.
"Saya sudahpun mengucapkan tahniah kepada Alessandro Del Piero di atas kejayaan Scudetto," katanya. "Ini penantian enam tahun, saya rasa semua orang gembira. Tak banyak saya boleh katakan tentang kejayaan, Juventus langsung tak pernah tewas."
Juventus juga berminat menambah bintang ketiga pada jersi pasukan untuk meraikan apa yang kelab percaya sebagai gelaran Serie A ke-30, walaupun hakikat bahawa yang FA Itali (FIGC) mengiktiraf Scudetto ini selaku yang ke-28 dalam sejarah kelab itu, dan Camoranesi berasa kelab berhak untuk bintang ketiga.
"Bagi orang-orang The Bianconeri, bintang mereka kini tiga," katanya. |