Friday, May 11, 2012

Duo Chelsea bakal turun dalam final Liga Juara-juara

Luiz dalam laluan tepat untuk kembali pulih

Duo bek Chelsea, David Luiz dan Gary Cahill memenangi pertempuran mereka cergas sebelum aksi perlu menang dalam final Liga Juara-juara, yang mana penting untuk masa depan kelab itu.
 
Kekalahan 4-1 di Liverpool bermakna kegagalan untuk menewaskan Bayern Munich pada 19 Mei akan mengakibatkan kelab itu tidak dapat menyertai musim Liga Juara-juara akan datang, dengan potensi kerugian £50 juta menjadi satu tamparan besar kepada kewangan mereka.
 
Namun jurulatih sementara Chelsea, Roberto Di Matteo boleh memulakan latihan dengan empat beknya selepas Cahill memulakan latihan Rabu lalu.
 
David Luiz, yang tercedera semasa kemenangan 5-1 dalam Piala FA ke atasTottenham, turut membuat kemajuan.
 
gandingan itu bakal menjadi duo bek tengah menentang Bayern ketika ketua pasukan, John Terry dan Branislav Ivanovic digantung daripada perlawanan akhir.
 
Cahill tidak bermain sejak masalah hamstring semasa kemenangan luar biasa Chelsea dalam leg kedua separuh akhir ke atas Barcelona.
 
Dia berada di padang latihan semalam, namun dia tidak mungkin mengambil risiko dalam aksi terakhir musim Liga Perdana menentang Blackburn pada hari Ahad.
 
Sebaliknya dia akan menghabiskan lebih banyak masa berusaha untuk pulih bersama jurulatih kecergasan, Laurent Thierry sepanjang hari-hari yang akan datang.
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Carvajal Berharap Dapat Kembali Ke Real
 2. Begovic: Saya Akan Sertai the Kop
 3. Simeone sedia benarkan Falcao tinggalkan Atletico Madrid
 4. Tiada pertanyaan dari PSG untuk Rooney
 5. San Lorenzo tingkatkan usaha untuk membawa Coloccini kembali
 6. Stoke sedia dapatkan penjaga gol Twente, Plattel
 7. Benteke beri bayangan mahu keluar dari Aston Villa
 8. Montella: Jovetic mungkin tinggalkan Fiorentina
 9. Debuchy tak menyesal sertai Newcastle
 10. Alves: Neymar akan bantu Messi

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version