Assou-Ekotto... Kekal?
Benoit Assou-Ekotto cuba menjarakkan dirinya dari laporan yang mengatakan beliau akan meninggalkan Tottenham Hotspur di akhir musim ini.
Assou-Ekotto, 28, menyertai Spurs dari Lens pada 2006 dan kini menjad kesebelasan utama pasukan namun dipetik sebagai berkata telah bercakap dengan pengerusi Daniel Levy mengenai kemungkinan perpindahan dan mahu mencari sesuatu yang lebih besar.
"Semua berkemungkinan," ujarnya. "Semasa saya bertemu pengerusi Januari lalu, beliau berkata kepada saya, jika ada kelab lebih besar dari Tottenham mahukan saya, beliau tidak semestinya akan menghalang pemergian saya."
"Jika ada perubahan di Tottenham – lebih banyak wang disediakan – saya tidak akan menentan idea untuk terus kekal kalau tidak saya akan cuba mara ke hadapan, sama seperti yang saya lakukan semasa meninggalkan Lens." |