Thursday, May 10, 2012

Susic Jangka Dzeko Berpindah

Dzeko bergelut rebut tempat di posisi serangan City

Pengurus Bosnia dan Herzegovina, Safet Susic yakin Edin Dzeko akan meninggalkan Manchester City pada musim panas ini.
 
Dzeko, 26, telah melihat peluang kesebelasan utamanya terbatas dan kini dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich dan Borussia Dortmund.
 
Pengurus pasukan antarabangsanya percaya penyerang ini yang dibeli dari Wolfsburg pada Januari  2011, akan dipaksa untuk mencari perpindahan di akhir musim.
 
"Situasi Dzeko di Manchester City tidak boleh begini selama-lamanya," kata Susic. "Dia tahu apa yang terbaik untuknya. Nampaknya Manchester City akan memenangi liga dan ia bermakna Roberto Mancini dan stafnya akan kekal dan saya melihat City merancang untuk membawa masuk lebih ramai pemain serangan."
 
Dzeko telah dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus sebelum menyertai City namun ejennya, Silvano Martina, baru-baru ini memberitahu perpindahan ke Serie A adalah di luar persoalan.
 
"Dzeko seorang juara walaupun musim ini dia tidak bermain dengan begitu baik," kata Martina. "Kos penyerang City ini terlalu tinggi, tidak banyak kelab Itali mampu membuat urusan dengan kelab Inggeris untuk membeli dia ketika ini."
 
"Saya fikir Edin sangat sesuai dengan bola sepak Itali, di mana aspek fizikal dan kualiti teknikal memberikan perbezaan, kerana inilah kualiti terbaiknya."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Schwarzer Fikir Untuk Tinggalkan Fulham
 2. Benitez Dihampiri Oleh PSG
 3. Rodgers yakin Suarez akan kekal
 4. Moutinho mahu kekal di Porto
 5. Saya tak pernah ditawarkan kontrak baru
 6. Klopp: Saya tak akan berhenti Dortmund untuk Liga Perdana
 7. Liverpool kejar langkah percuma Toure
 8. Ranieri akan kekal di Monaco
 9. Ibrahimovic mahu Ancelotti kekal
 10. Hummels mungkin cergas untuk hadapi Bayern

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version