Wednesday, May 09, 2012

Sparky Mahu Balas Dendam

Lelaki dengan misi ... Mark Hughes

DJIBRIL CISSE memberi amaran kepada Manchester City bahawa Mark Hughes sedang merancang ‘membalas dendam’ untuk memusnahkan impian kejuaraan liga mereka.
 
Pengurus QPR  Hughes membawa pasukannya yang diancam penyingkiran divisyen ke kelab lamanya, City hari Ahad ini untuk pertemuan terakhir musim yang akan memberikan kesan besar kepada kedua-dua bahagian liga.  
 
Pendahulu liga, City tahu kemenangan akan memastikan kejuaraan liga divisyen teratas sejak tahun 1968 manakala satu mata sudah memadai untuk Rangers memastikan mereka kekal di divisyen.
 
Dan jika ia masih tidak mencukupi, pertemuan di the Etihad pasti akan lebih panas kerana Hughes dipecat tanpa sebab kukuh oleh City pada Disember 2009 dan digantikan dengan pengurus sekarang, Roberto Mancini.
 
Penyerang Rangers, Cisse, 30, berkata: “Kemenangan akan menjadi dendam terindah untuk beliau tapi saya tak tahu jika beliau memikirkan tentangnya."
 
“Keutamaan beliau ialah untuk mengekalkan QPR jadi yang pertama, beliau akan fikirkan untuk kemenangan. Tapi ia juga akan menjadi cukup bagus untuk beliau jika beliau boleh mengekalkan kami dan menafikan City kejuaraan liga.”
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Arsenal sedia buang Mael
 2. Chelsea dalam kedudukan kukuh dapatkan Ronaldo
 3. Villa mahu j24 juta untuk Bent
 4. Allegri dalam rundingan keluar Milan
 5. Ribery mahu tamatkan pening final
 6. Nasri akan sokong Pellegrini di City
 7. Bale beri bayangan kekal di Tottenham
 8. Santa Cruz sedia untuk kekal di Malaga
 9. Nasri Tidak Mahu Tinggalkan City
 10. Begovic Tak Pasti Lagi Masa Depannya Di Stoke

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version