Thursday, May 03, 2012

Ancelotti: PSG tak minat tandatangan Hazard

Carlo Ancelotti sasarkan pemain lain berbanding Hazard

Jurulatih Paris Saint-Germain, Carlo Ancelotti telah mengesahkan yang kelab itu tidak berminat untuk membawa masuk pemain Lille, Eden Hazard ke ibu negara Perancis musim panas ini.
 
Pemain remaja Belgium itu telah berada dalam prestasi cemerlang sejak dua musim kebelakangan ini dan membantu pasukannya sekarang menggugat harapan kejuaraan PSG dengan menang 2-1 hujung minggu lalu.
 
Namun, walaupun dengan persembahan hebat penyerang tersebut dan pelan besar kelab dari Paris itu menjadi sebuah kelab disegani di Eropah, Ancelotti telah menolak laporan mengaitkan pasukannya dengan perpindahan untuk pemain itu.
 
"Kami tak minat dengan pemain ini [Eden Hazard]. Kami ada sasaran lain," kata Ancelotti.
 
Hazard telah kuat dikaitkan dengan perpindahan musim panas ke Liga Perdana dengan Manchester United, Manchester City, Tottenham dan Chelsea semuanya dipercayai bersaing untuk mengesahkan khidmat pemain berusia 21 tahun tersebut.
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Diego sahkan 'tawaran konkrit' dari Atletico Madrid
 2. Scolari akui rundingan Neymar dengan Rosell
 3. Ancelotti dalam pra-kontrak dengan Madrid
 4. Simpson jangka pemergian musim panas
 5. Villas-Boas jangka Bale kekal
 6. Williams tak kisah dengan spekulasi
 7. Allardyce dilihat bakal lengkapkan perjanjian buat Carroll
 8. City Harus Bersatu Semula Selepas 'Minggu Yang Emosi'
 9. Arteta Puji Semangat Berpasukan
 10. Benteke Berbincang Untuk Kontrak Baru Aston Villa

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version