Walcott alami kecederaan hamstring.
Theo Walcott tersisih untuk baki perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini namun akan cergas untuk Kejohanan Eropah 2012.
Pemain sayap Arsenal dan England berusia 23 tahun itu mengalami masalah hamstring semasa seri tanpa jaringan di tempat sendiri dengan Chelsea.
Beliau pada mulanya meneruskan permainan sebelum digantikan dengan Gervinho di minit ke 60 perlawanan.
Pengurus Gunners, Arsene Wenger mendedahkan: “Ia nampak kecederaan hamstring yang serius. Kami menilai hamstringnya tapi Theo mahu kekal di atas padang."
“Saya fikir dia harus terus dikeluarkan kerana kali kedua, ia masalah harmstring sebenar. Kini ia akan menjadi sukar untuk dia kembali hingga ke ahir musim. Ia sekurang-kurangnya 21 hari."
“Tapi dia harus okay untuk mewakili England pada musim panas ini, dia hanya akan perlukan rehat yang mencukupi. Saya tak fikir dia akan kembali bermain untuk kami musim ini.” |