Juara baru Bundesliga ... Borussia Dortmund.
Borussia Dortmund dimahkotakan sebagai juara liga Jerman untuk musim kedua berturut-turut malam Sabtu lalu selepas membuktikan kewibawaan mereka dengan menewaskan pesaing utama liga, Bayern Munich di tempat sendiri dan lawan.
Kemenangan di tempat sendiri Dortmund ke atas Moenchengladbach meletakkan juara bertahan itu lapan mata jelas mendahului dengan baki dua perlawanan dan mereka akan dipersembahkan dengan perisai Bundesliga di perlawanan terakhir di tempat sendiri menentang Freiburg pada 5 Mei nanti.
Pasukan Jurgen Klopp mengalami tiga kekalahan liga terakhir mereka pada September lallu dan kini telah memanjangkan rekod mereka tanpa tewas dalam satu musim liga Jerman kepada 26 perlawanan.
Selepas mencapai sejumlah 75 mata, mereka masih mampu ntuk menewaskan rekod mata paling banyak, 79 mata semusim yang telah dua kali dicatatkan oleh Bayern pada awal 1970an.
Pasukan juara ini telah mendominasi Bayern di carta liga dan di atas padang apabila the Bavarians tewas dalam empat perlawanan terakhir mereka bertemu Dortmund dan tidak pernah mengalahkan mereka, di tempat sendiri atau lawan sejak Februari 2010.
Bayern masih berpeluang membalas dendam apabila kedua-dua pasukan bertemu untuk kali ketiga musim ini di final Piala Jerman pada 12 Mei nanti di Stadium Olimpik di Berlin. |