Prolifik di Bundesliga... Pizarro
Pengarah sukan Werder Bremen Klaus Allofs menyangkal spekulasi bahawa penyerang Claudio Pizarro telah bersetuju dengan kontrak bersama Bayern Munich.
Awal Khamis lepas, akhbar tabloid melaporkan pemain veteran yang akan tamat kontraknya pada musim panas ini telah menerima tawaran dari kelab Bavarian tersebut dan malahan telah mencari kediaman di Munich.
Bagaimanapun, Allofs menegaskan yang beliau langsung tidak tahu-menahu mengenai perjanjian tersebut.
"Saya langsung tak tahu mengenainya," kata beliau.
"Pizarro telah menyatakan bahawa [Bremen] akan menjadi pihak pertama yang mengetahui tentang sebarang berita mengenai perkara ini."
Bayern telah lama mencari penyerang dengan Ivica Olic bakal meninggalkan Allianz Arena musim panas ini. Kelab gergasi Jerman itu telah membuat tawaran untuk penyerang Athletic Bilbao, Fernando Llorente dan ia telah ditolak. Mereka juga memantau Olivier Giroud dan John Guidetti selain dari Pizarro.
Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini pernah mewakili Bayern dari tahun 2001 hingga 2007 dan kini kelab gergasi Munich itu telah memantau rapi perkembangannya kebelakangan ini.
Selepas telah menjaringkan kombinasi 158 gol untuk Bremen dan Bayern, Pizarro merupakan penyerang import paling prolifik dalam sejarah Bundesliga. |