Zlatan... rakan sepasukan Ambrosini
Pemain veteran AC Milan, Massimo Ambrosini enggan memadamkan peluang kelab mempertahankan kejuaraan the Scudetto mereka.
Juara bertahan Serie A itu jatuh ke tempat kedua selepas kekalahan mengejut kepada Fiorentina pada awal April lepas namun Ambrosini yakin the Rossoneri masih boleh mengatasi pendahulu liga, Juventus.
"Saya menyedari keraguan ditimbulkan mengenai pasukan kami tapi ramai yang terlupa kami cuma satu mata di belakang," katanya.
"Saya fikir yang sasaran kami sekarang ialah hanya untuk memperolehi mata maksimum dari perlawanan kami.
"Saya rasa okey sekarang, saya harap saya akan dapat bermain tidak lama lagi."
Ambrosini, yang kontraknya bersama Milan tamat akhir musim ini, turut memuji Zlatan Ibrahimovic dan berharap penyerang Sweden itu dapat membantu kelab memenangi liga sekali lagi.
"Zlatan tanpa disangkal lagi adalah pemimpin pasukan, dia tidak pernah mengalah dengan tanggungjawab itu," menurut pemain berusia 34 tahun itu.
"Musim lepas dia cukup penting untuk kami dan harapnya dia akan dapat melakukannya lagi musim ini." |