KECEWA... Mourinho.
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho kecewa dengan kekalahan 2-1 pasukannya di separuh akhir pertama Liga Juara-juara kepada Bayern Munich malam Selasa lepas namun yakin pasukannya boleh menukar defisit gol.
Kelab Bavarian itu menjaringkan gol kemenangan lewat perlawanan untuk memastikan kemenangan namun ia adalah gol pertama mereka, yang dijaringkan oleh Franck Ribery, yang mengecewakan pengendali berusia 49 tahun itu.
Ketika bola dirembat, Luiz Gustavo berdiri di belakang pemain pertahanan terakhir namun dilihat tidak mengganggu permainan.
"Gol pertama jelas ofsaid, kesilapan biasa, [tapi] saya tak mengkritiknya," kata Mourinho di sidang media selepas perlawanan.
"Kami ada perlawanan kedua selepas ini dan ia tidak bermakna kami membuat kebangkitan bersejarah – apa yang kami perlu lakukan ialah sangat mudah."
"Jika kami menang di tempat sendiri 1-0, 2-0, 3-1, kami berada di situ. Saya optimis kami boleh kembali ke sini untuk bermain di perlawanan akhir." |