Schuster tidak terikat dengan mana-mana kelab setakat ini.
Bekas jurulatih Real Madrid, Bernd Schuster menjangka Los Blancos akan mengalahkan Bayern Munich dalam aksi separuh akhir Liga Juara-juara mereka.
Kelab ibu negara Sepanyol itu mengunjungi Bayern Selasa ini dalam perlawanan pertama dengan mereka melihat untuk mengesahkan kejuaraan ke-10 Liga Juara-juara (atau Piala Eropah) dalam sejarah mereka.
"Pada pendapat saya, Madrid lebih jadi pilihan," kata Schuster. "Mereka nikmati musim hebat dalam semua pertandingan dan di La Liga mereka di atas Barcelona, yang terus kekal jadi pasukan terbaik di dunia."
Schuster, yang kini tidak mempunyai jawatan, kemudian menyebut yang Bayern akan perlu menghalang corak permainan pantas Madrid jika mereka mahu mengatasi kelab Sepanyol itu.
"Pemain pertahanan Madrid tak terlibat dengan gerakan serangan, jadi mereka terus bagi bola kepada Xabi Alonso," ujar jurulatih berusia 52 tahun itu. "Ia penting untuk halang itu dari berlaku. Jika Cristiano Ronaldo dan pemain serangan lain perlu turun ke bawah untuk dapatkan bola, mereka akan akhirnya jadi penat."
"Lagipun, setiap kali Madrid hilang bola di kawasan mereka, ia beri kesan buruk buat mereka." |