Bos skuad antarabangsa itu menyatakan dia mungkin tidak menyambung kerjanya selepas peranan semasa.
Vicente Del Bosque mendedahkan dia tidak mungkin meneruskan peranan kejurulatihan sebaik sahaja dia meninggalkan jawatannya dengan skuad kebangsaan Sepanyol.
Bekas bos Real Madrid itu berada di Leganes mempromosikan sekolah bola sepak bersama-sama dengan bekas pemain, Victor Fernandez.
Budak-budak muda yang hadir banyak bertanya soalan kepada individu berusia 61 tahun itu, antara yang dibalasnya menyebut bahawa "ini fasa (sebagai jurulatih pasukan kebangsaan) terakhir untuk jurulatih" sebelumnya, tak dapat dielakkan, ditanya mengenai siapa yang difikirnya lebih baik, Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo.
"Kenapa saya perlu pilih antara Messi atau Ronaldo? Mereka berdua pemain yang hebat. Tapi, saya lebih suka orang-orang yang saya ada dalam skuad kebangsaan saya," katanya.
Satu lagi soalan diutarakan oleh peminat Fernando Torres, yang ingin tahu kenapa pemain kegemarannya tidak lagi bermain 90 minit dalam setiap perlawanan.
"Mereka tak boleh bermain sepanjang masa, ini masalah yang kami ada. Kami ada pemain yang hebat (dalam skuad kebangsaan), kami cuba bersikap adil dan memilih pemain terbaik untuk setiap perlawanan," jelas Del Bosque.
Sebelum berlalu pergi, Del Bosque telah diberikan satu plak oleh anak-anak muda tersebut. |