Sunday, September 23, 2012

Lewandowski Selesa Tunggu Kontrak Baru Borussia Dortmund

Walaupun menolak kontrak baru, ia tak jejaskan hasrat Lewandowski kekal dengan Dortmund.

Robert Lewandowski enggan menandatangani kontrak baru dengan pasukan kendalian Jurgen Klopp meskipun ada laporan mengaitkan beliau dengan beberapa kelab lain.

Pemain antarabangsa Poland itu terikat kontrak dengan juara Jerman tersebut sehingga 2014 namun tindakan menolak tawaran kontrak baru menimbulkan spekulasi bahawa beliau sebenarnya mahukan kontrak baru yang bernilai €5 juta (£4 juta).

Walaupun nampak seperti mahu meninggalkan Borrusia Dortmund, pemain berusia 24 tahun itu menjelaskan beliau masih mahu mencapai satu persetujuan di the Westfalenstadion.

"Saya hanya akan fokus dengan BVB. Kontrak saya ada dua tahun lagi," jelas beliau.

"Kita akan lihat apa berlaku selepas ini. Saya tak tergesa-gesa. Ejen saya dan saya akan berbincang dengan lebih lanjut bersama Borussia."

Penyerang yang menjaringkan gol kemenangan 1-0 Dortmund ke atas Ajax di Liga Juara-juara, dilihat mahukan kontrak yang meletakkannya setara dengan rakan sepasukan Marco Reus dan Mario Gotze, namun dilaporkan hanya ditawarkan kenaikan gaji €3.3 juta berbanding gajinya ketika ini, €1.5 juta.

 
Top 10 Berita Hangat
 1. Scolari akui rundingan Neymar dengan Rosell
 2. Ancelotti dalam pra-kontrak dengan Madrid
 3. Simpson jangka pemergian musim panas
 4. Villas-Boas jangka Bale kekal
 5. Williams tak kisah dengan spekulasi
 6. Allardyce dilihat bakal lengkapkan perjanjian buat Carroll
 7. City Harus Bersatu Semula Selepas 'Minggu Yang Emosi'
 8. Arteta Puji Semangat Berpasukan
 9. Benteke Berbincang Untuk Kontrak Baru Aston Villa
 10. Rodgers Mahu Perbaiki Kekuatan Dalaman Skuad

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version