Thursday, September 20, 2012

Fergie Akan Gilirkan de Gea Dan Lindegaard

David de Gea sertai Manchester United dengan harga ñ7 juta musim panas lepas

Sir Alex Ferguson telah mendedahkan Manchester United tidak akan memiliki penjaga gol pilihan utama musim ini selepas memberitahu David de Gea dan Anders Lindegaard bahawa mereka akan berkongsi tanggungjawab tersebut.
 
Pengurus United itu telah pun memberitahu beliau sedia menggilirkan penjaga gol Sepanyol dan antarabangsa Denmark tersebut dari berpuas hati dengan pemain No 1 regular.
 
De Gea, 21, memulakan musim ini sebagai penjaga gol utama tapi digugurkan selepas kemenangan 3-2 ke atas Fulham dengan Lindegaard, 28, memulakan dua perlawanan terakhir.
 
Dan Ferguson percaya ia situasi yang dapat membantu kedua-dua pemain tersebut membiasakan diri dengan bola sepak Inggeris.
 
"Perkara paling penting yang mahu saya capai ialah berikan mereka pengalaman dalam bola sepak Inggeris," katanya.
 
"Mereka berdua penjaga gol muda, tidak ada pengalaman seperti [Edwin] Van der Sar atau [Peter] Schmeichel, jadi saya gembira untuk menggilirkan mereka. Itulah polisi yang saya amalkan dan saya gembira dengan situasi tersebut."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Liverpool kejar langkah percuma Toure
 2. Ranieri akan kekal di Monaco
 3. Ibrahimovic mahu Ancelotti kekal
 4. Hummels mungkin cergas untuk hadapi Bayern
 5. Rizzoli pengadil final Liga Juara-juara
 6. Eriksson Sedang Berbincang Dengan Guangzhou R&F
 7. Saya Akan Berikan Segala-galanya Kepada BVB
 8. Laudrup Mencari 'Seorang Lagi Michu'
 9. Juve: Tevez Lebih Mudah Diperolehi Dari Higuain
 10. Fernandinho Berminat Berpindah Ke City

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version