Pique mahu situasi tenang di Nou Camp.
Bek Barcelona, Gerard Pique meredakan permulaan cerah pasukannya bagi kempen baru, walaupun skuad Tito Vilanova memenangi kesemua empat perlawanan pembukaan mereka.
Kemenangan terkini kelab Catalan hadir di Getafe ketika mereka membelasah sisi Madrid 4-1 untuk mendahului dua mata di atas Malaga di puncak carta.
Walaupun bermula di bangku simpanan, Lionel Messi masih memberikan dua gol untuk The Blaugrana manakala David Villa dan Adriano masing-masing turut menjaringkan gol melalui paparan dominan, namun Pique mahukan ketenangan di Nou Camp.
"Kami bermain dengan baik," kata Pique di laman web rasmi Barcelona. "Keadaannya bukan yang terbaik kerana kami telah pergi bermain untuk skuad kebangsaan masing-masing dan kami ada beberapa pemain yang tiada akibat kecederaan. Namun padang dalam keadaan yang baik, padang sempurna. Kami kuasai permainan."
Berhubung permulaan sempurna mereka, Barcelona kini lapan mata jelas mendahului pesaing hebat mereka, Real Madrid, namun Pique enggan terbawa-bawa.
"Kami baru bermain empat perlawanan, ini (jurang dengan Real) tak penting. Namun. kami berasa baik. Kami menang empat daripada empat perlawanan. Kita perlu terus seperti ini," jelas Pique. |