Giussepe Sannino hanya dilantik Palermo pada bulan Jun.
Palermo telah memecat jurulatih mereka, Giuseppe Sannino berikutan permulaan musim yang mengecewakan, menggantikannya dengan Gian Piero Gasperini.
Palermo hanya meraih satu mata daripada tiga aksi pembukaan mereka, menyebabkan kelab menyingkirkan Sannino, yang hanya dilantik ke jawatan tersebut pada bulan Jun selepas meninggalkan Siena.
"Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada dia dan staf kejurulatihannya untuk komitmen dan profesionalisme yang ditunjukkan dalam beberapa bulan ini," demikian kenyataan di laman web rasmi kelab.
"Pada masa yang sama, kelab telah melantik Gian Piero Gasperini, yang akan jalanisesi latihan pertamanya bersama pasukan pada petang Selasa."
Pengganti Sannino, Gasperini menjadi pengurus ketujuh kelab The Sicily sejak awal tahun 2011. Gasperini memiliki tempoh paling berjaya dalam pengurusan di Genoa, membawa mereka ke kedudukan kelima dalam Serie A pada musim 2008/09.
Peranannya yang terkini adalah di Inter Milan musim lalu, namun dia hanya bertahan kurang daripada tiga bulan di San Siro. |