Balotelli kembali bermain selepas pembedahan
Mario Balotelli kini cergas untuk perlawanan penting berganda Manchester City menentang Stoke City dan Real Madrid sepanjang empat hari nanti.
Penyerang Itali ini menimbulkan kebimbangan mengenai tahap kecergasan terkininya selepas menjalani pembedahan mata di Itali minggu lepas dan ada andaian bahawa beliau mungkin terpaksa diketepikan untuk selama sebulan.
Namun difahamkan bahawa penyerang City itu kini telah pulih sepenuhnya dan tersedia untuk kunjungan sukar ke Stoke hari ini di perlawanan Liga Perdana Inggeris dan perlawanan getir di Madrid di Liga Juara-juara hari Selasa nanti. |