Reus yakin dengan kemampuan Dortmund melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-juara.
Playmaker Borussia Dortmund, Marco Reus mendedahkan keyakinan dalam kem Dortmund adalah tinggi bahawa juara Bundesliga itu boleh pergi jauh dalam Liga Juara-Juara.
Dortmund diundi dalam 'kumpulan maut' Liga Juara-juara bersama juara Sepanyol Real Madrid, juara Belanda, Ajax Amsterdam dan juara Inggeris, Manchester City.
Walaupun tugas menakutkan menunggu Dortmund, Reus yang menyertai Die Borussen dari Borussia Monchengladbach pada musim panas, yakin pihaknya boleh mengemudi mereka melepasi peringkat kumpulan dan mara.
Reus dengan yakin berkata, "Liga Juara-juara ada di sana, kami bersaing dengan yang terbaik."
"Ramai yang fikir bahawa Dortmund tiada peluang dalam kumpulan ini, tapi kami yakin dengan diri kami dan tahu apa-apapun mungkin." |