Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 27 tahun ini telah menyatakan hasratnya.
Juanfran telah menyatakan keinginan besar dari dalam bilik persalinan Atletico Madrid yang mahu menduduki kelompok empat teratas dan bermain di Liga Juara-juara musim hadapan.
Pasukan dari ibu negara Sepanyol itu telah memulakan kempen La Liga dengan baik, menang dan seri dari dua perlawanan pertama. Dan kini bek kanan itu yang berpindah ke Vicente Calderon dari Osasuna pada tahun 2011, telah jelas menyatakan cita-cita kelabnya.
“Saya percaya masanya telah tiba. Kami perlu bersedia dan fokus bahawa tahun ini adalah tahun di mana Atletico Madrid harus berada di Liga Juara-juara. Memang La Liga adalah sukar tapi Atletico Madrid akan berada di empat teratas. Penyokong kami berhak menerimanya,” kata beliau.
Juanfran ada sebab untuk menjadi positif apabila beliau menyentuh mengenai persekitaran yang menyelubungi Los Rojiblancos.
“Kami ada pencapaian yang hebat sejak beberapa bulan lepas di kelab ini. Apa yang perlu dilakukan oleh pemain dan pengurusan ia memastikan ia berterusan,” jelas beliau lagi. |