Bekas penyerang Manchester United ini nyaris selesaikan perpindahan ke the Giallorossi.
Giuseppe Rossi nyaris terlibat dalam perpindahan minit akhir ke Roma seperti yang didedahkan ejennya, Federico Pastorello.
Walaupun sebelum ini memberitahu kliennya akan kekal di Villarreal sehingga sekurang-kurangnya akhir musim ini, wakil pemain antarabangsa Itali itu mengakui Rossi nyaris berpindah kelab di hari terakhir bulan Ogos.
"Roma? Rossi telah diberikan lampu hijau untuk berpindah tapi ketika itu ia gagal dilaksanakan. Ada beberapa kelab telah menunjukkan minat tapi ketika ini kami tidak perlu terburu-buru," Pastorello menjelaskan.
Rossi, yang tidak beraksi sejak Oktober 2011 kerana beberapa kecederaan ligamen, dijangka tidak akan bermain sehingga lima bulan lagi. Dan Pastorello turut menyebut perkembangan proses pemulihan kliennya.
"Satu lagi pembedahan dirancang di antara 20 dan 25 September. Jika ia berjalan lancar, maka dia akan jalani pembedahan ketiga. Ia akan ambil masa sekitar lima bulan untuk melihat dia kembali bermain di padang," jelas beliau. |