Cesc Fabregas masih berniat untuk tamatkan kariernya di Barca.
Cesc Fabregas telah bertindak meredakan kemungkinan pertelagahan di Barcelona selepas mencadangkan yang dia gembira dengan kehidupan di bangku simpanan.
Bekas midfielder Arsenal itu bercakap awal minggu ini untuk mendedahkan kekecewaannya menerima peluang terhad musim ini di kelab Catalan tersebut.
Namun pemain berusia 25 tahun itu mendakwa laporan tersebut telah diperbesar-besarkan dan dia masih berniat untuk menghabiskan kariernya di Barca.
"Semua situasi ini telah diperbesar-besarkan," katanya.
"Saya gembira. Saya di kelab yang saya mahu berada untuk tahun-tahun mendatang. Buat masa ini saya sangat tenang.
"Saya sedang lakukan tugas saya dan usaha seperti pemain lain untuk buat hidup sukar buat jurulatih saya (untuk ketepikan saya).
"Saya mahu bersara di Camp Nou." |