Robert Lewandowski menarik minat serata Eropah
Robert Lewandowski mengakui beliau mungkin meninggalkan Borussia Dortmund di penghujung musim ini.
Penyerang Poland itu menjadi sasaran jangka masa panjang Manchester United manakala Chelsea telah membuat pertanyaan dengan kelab Jerman tersebut mengenai khidmatnya awal musim panas ini.
Lewandowski, 24, ada baki dua tahun dalam kontraknya di Dortmund namun kelab beliau mungkin berdepan kesukaran untuk mempertahankannya dengan Juventus dan Bayern Munich turut berminat.
Pemain itu sendiri memberitahu: 'Saya tak meletakkan diri saya sebarang batasan. Saya tak tahu apa yang akan berlaku selepas musim ini.
'Saya tak boleh dan tak akan menolak apa-apa. Ia akan menjadi sangat tidak profesional.' |