Saturday, August 18, 2012

Robin van Persie Sah Pemain United

Van Persie akan mengadakan debutnya menentang Everton.

Robin van Persie telah menyelesaikan perpindahan penuh kontroversil dari Arsenal ke Manchester United yang disahkan oleh the Red Devil dengan yuran perpindahan dalam sekitar £24 juta, iaitu lebih kurang RM118 juta. 

Penyertan striker berusia 29 tahun itu tepat pada masa untuk mengadakan debutnya dalam perlawanan pembukaan musim menentang Everton di Goodison Park pada hari Isnin(Selasa 03:00am waktu Malaysia).

Menurut pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson: "Robin ialah seorang striker kelas dunia dan ada bukti rekodnya di arena bola sepak Inggeris dan Eropah.

"Bakatnya memang tidak perlu saya perkenalkan - beliau dah menjaringkan beberapa gol membolosi gawang kita dalam beberapa pertembungan klasik ketika beliau bersama bekas kelabnya.

"Gerakan dan penyudahan serta kemampuan beliau mendominasi posisi dalam kotak penalti sungguh luar biasa."

Sementara van Persie dalam satu kenyataan, berkata: "Ia merupakan satu kebanggaan bagi diri saya untuk menyarung jersi United. Saya mengalu-alukan peluang untuk menjejaki striker hebat kelab, menggunakan pengalaman saya dan memainkan peranan untuk menyumbang kepada kejayaan trofi paling besar dalam permainan ini.

"Saya tidak sabar untuk bermain."

Sebelum itu, bos Arsenal Arsene Wenger mengaku bahawa kehilangan striker bintang mereka kepada Manchester United merupakan satu lagi pil pahit untuk ditelan oleh the Gunners. 

"Ini satu lagi pil pahit untuk ditelan, kami pernah rasa perasaan ini tapi berjaya pulih dan kembali kekal." kata Wenger.

 
Top 10 Berita Hangat
 1. Barcelona letak tawaran musim panas £10 juta untuk Reina
 2. Galliani: Robinho mahu kekal di AC Milan
 3. Pengarah Juventus isyarat rundingan dengan ejen Tevez
 4. Fergie: Masa Depan Rooney Bukan Masalah Saya
 5. Hernanes Tidak Akan Ke Mana-Mana
 6. Krkic Menikmati Karier Pinjamannya Bersama Milan
 7. Naib Presiden Santos Berdiam Diri Harga Neymar
 8. Mertesacker Berharap Terus Bersama Arsenal
 9. Hummels Diragui Untuk Final
 10. Adkins: Reading takkan jual McCarthy

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version