Sunday, August 19, 2012

Pereira Tenang Dikaitkan Dengan Serie A

"khabar angin" .... Alvaro Pereira

Alvaro Pereira menyifatkan spekulasi bahawa beliau menjadi sasaran Napoli dan Inter Milan sebagai  "khabar angin" semata-mata dan menegaskan beliau "fokus terhadap Porto".

Pereira, 27, menjadi antara pemain Porto paling konsisten sejak beberapa musim lepas dan turut menunjukkan permainan memberangsangkan bersama Uruguay – khususnya di Piala Dunia 2010 dan Copa America 2011 0 – dan dek kerana itu telah dikhabarkan bakal meninggalkan Estadio do Dragao.

Chelsea dikecewakan selepas membuat pertanyaan untuk pemain bek sayap ini tahun lepas namun  Inter dan Napoli muncul sebagai pemburu berpotensi musim panas ini. 

Bagaimanapun dengan Liga Portugal yang bakal bermula, Pereira menegaskan beliau tidak bercadang untuk ke seberang laut.
"Saya pemain Porto dan saya tidak bercakap mengenai masa depan saya," ujarnya.

"Ada banyak khabar angin tapi saya hanya memikirkan tentang berlatih gigih untuk kelab yang saya sayangi.

"Saya hanya fokus dengan Porto. Saya ada beberapa rakan sepasukan antarabangsa yang bermain di Itali dan saya menyaksikan liga mereka bila saya senang tapi apa yang saya dengar hanyalah khabar angin."

 
Top 10 Berita Hangat
 1. Fernandinho Berminat Berpindah Ke City
 2. Allegri Bincangkan Masa Depannya Bersama Milan
 3. Ribery mahu tamatkan karier di Bayern
 4. Rodwell dipanggil ke skuad England
 5. Conte nafi perbelanjaan 'fantasy football' Juventus
 6. Nasri: Saya kekal di Manchester City
 7. Diego sahkan 'tawaran konkrit' dari Atletico Madrid
 8. Scolari akui rundingan Neymar dengan Rosell
 9. Ancelotti dalam pra-kontrak dengan Madrid
 10. Simpson jangka pemergian musim panas

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version