Saturday, August 18, 2012

Rodgers: Agger mahu kekal di Liverpool

Daniel Agger mahu kekal di Anfield

Bos Liverpool, Brendan Rodgers mendedahkan Daniel Agger mahu kekal di kelab itu di sebalik spekulasi yang mengaitkannya dengan langkah Manchester City.

Pemain antarabangsa Denmark itu berada di kelab selama enam tahun sejak tiba dari Brondby pada 2006 dan telah membuat lebih 100 penampilan liga untuk The Reds.

Rodgers berkeras kelab Merseyside mahu mengekalkan pemain bek itu dan bekas bos Swansea mengakui Agger telah menyatakan yang dia mahu kekal di Anfield.

"Bagi saya tiada sebarang perubahan besar," kata Rodgers kepada wartawan.

"Pertama, kami tak mahu menjualnya. Kedua, saya yakin dia akan menjadi pemain yang bakal berkembang dalam cara kerjanya dan ketiga, dia tak mahu tinggalkan tempat yang banyak membantu dirinya."

"Dia pemain terbaik dan saya mahu kekalkannya di sini. Sejak beberapa bulan lalu, kami berjaya jelaskan projek dan visi kepada beberapa pemain senior. Mereka sangat gembira untuk maju ke hadapan dengannya dan saya menjangkakan Daniel juga begitu."

"Dia jelaskannya dalam perbualan pertama kami bahawa dia mahu jadi sebahagian daripada revolusi di sini dari segi maju ke hadapan dan dia tidak terbuai pada  mana-mana langkah pun."

"Lain-lain laporan bahawa banyak kelab membuat tawaran untuknya, itu natural, kerana dia pemain hebat. Tapi, bagi kami tiada yang berubah. Dia tak mahu pergi dan kami tak mahu menjualnya."

 
Top 10 Berita Hangat
 1. Mourinho plot tawaran £25 juta untuk Gomez
 2. Arsenal dikejutkan dengan tag harga £25 juta Jovetic
 3. Moyes mahukan Luke
 4. Luiz bakal jadi mangsa pertama Chelsea dalam tempoh kedua Mourinho
 5. Girard mahu kerja seterusnya di England
 6. Lahm '100%' Yakin Menang Liga Juara-juara
 7. Keane Diketepikan Dari Bertemu England
 8. QPR Nafi Merekrut Brooklyn Beckham
 9. Sherwood: Bale Terus Bersama Spurs
 10. Schwarzer Fikir Untuk Tinggalkan Fulham

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version