Jermain Defoe akui pemergian Modric satu kehilangan besar.
Striker Tottenham, Jermain Defoe mengakui akan menjadi satu tamparan hebat jika Luka Modric berpindah ke Real Madrid musim panas ini.
Midfielder Croatia itu telah dikaitkan dengan langkah ke kelab juara Liga sepanjang tempoh perpindahan dan muncul kini dia hampir ke The Bernabeu.
Defoe berasa itu akan menyukarkan Spurs untuk kehilangan pemain berkaliber berusia 26 tahun tersebut tetapi merasakan ia akan menjadi langkah yang sukar untuk ditolak.
Dia memberitahu wartawan, "Luka pemain yang hebat. Banyak yang telah berlaku.Sebagai pemain, kita tak tahu apa yang berlaku kemudian."
"Secara jujur, dia sudah lama di sini dan hebat untuk kelab. Jika dia pergi, sukar untuk kami kehilangan seseorang sepertinya."
"Tapi bagi dia, saya akan berkata selamat maju jaya kerana dia seorang pemain yang hebat." |