Aly Cissokho terima tawaran perpindahan.
Aly Cissokho dilaporkan dijejaki kelab-kelab dari England dan Sepanyol, demikian menurut Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas.
Tiada khabar angin bahawa Juventus berminat kepada bekas bek kiri Porto itu, yang sangat hampir dengan langkah ke Milan sebelum menyertai OL pada 2009, namun, Aulas menyatakan langkah ke La Liga atau Liga Perdana mungkin sesuai untuk pemain antarabangsa Perancis itu.
"Kami terima dua pertanyaan untuk Aly, satu dari Sepanyol dan satu dari England," kata Aulas.
"Kami kini menangani dengan sabar bersama dua kelab kerana kami tak begitu mahu menjual pada sebarang harga," katanya.
Kedua-dua kelab ini dipercayai Everton dan Valencia, yang mencari gantian untuk Jordi Alba selepas menjual pemain antarabangsa Sepanyol itu kepada Barcelona. |